HALAMAN UTAMA






Pada tahun 1923 terdirinya sebuah sekolah perempuan dengan nama Sekolah Perempuan Ngee Heng. Nama tersebut diambil sempena nama kampung Ngee Heng yang menjadi lokasi sekolah ini.
Bangunan setingkat telah didirikan di atas padang permainan yang ada sekarang. Pada awalnya sekolah ini mempunyai 180 orang murid. Namun tahun demi tahun murid-murid makin bertambah. Maka untuk menampung jumlah murid-murid, bangunan lain telah dibina pada tahun 1929 dan digunakan pada tahun 1931.
Pengasas sekolah ini diasaskan oleh Pn Hjh Zaiton bt Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Beliau merupakan penyelia sekolah-sekolah perempuan Melayu dan agama Negeri Johor pada masa itu. Hasil pemikiran Ibu Zain, sekolah ini ditukar nama menjadi Sekolah Melayu Perempuan Bandar Tinggi. Tujuannya untuk menaikkan semangat orang Melayu dan meningkatkan pelajaran untuk anak-anak perempuan itu. Idea ini telah disambut baik oleh Penguasa Pelajaran HJ Che sman.
Sebaik sahaja sekolah dibuka pada tahun 1971 terdapat lebih 300 orang murid. Aliran darjah yang mula dijalankan adalah bermula darjah 0(not) dan diikuti darjah 1 hingga 6. Guru Besar yang pertama bertugas disekolah ini ialah Pn Hjh Salmah bt Hj Ahmad (1931- 1941).
Pada tahun 1930, pakaian seragam murid-murid diperkenalkan. Bagi murid darjah 0(not) hingga darjah tiga ditetapkan memakai blaus pendek putih dan berkain kembang, berkasut putih serta bertudung kepala. Guru-gurunya pula memakai baju kurung putih, berkain batik dan bertudung kepala. Sanggul tinggi dan sanggul dua merupakan fesyen yang diminati pada masa itu. Identiti guru-guru yang mengajar di sini sangat dikenali khususnya sekolah sekitar daerah Johor Bahru.

        
  ZAMAN PERANG DUNIA KEDUA
Pada masa tercetusnya perang dunia kedua aitu 2 Februari 1942, sekolah ini ditutup buat sementara dan dijadikan pusat  perlindungan mangsa-mangsa perang yang datang dari Mersing dan Endau. Selain itu, turut dijadikan juga pusat pentadbiran tentera Jepun.

ZAMAN SELEPAS PERANG HINGGA KINI
Apabila perang telah reda, barulah  sekolah ini dibuka semula pada tahun 1944. Guru Besar yang bertugas pada masa itu ialah Hjh.Maimunah bt.Hj.Abd.Rahman. Pada tahun 1947, bangunan lama yang terletak di atas padang yang digunakan oleh murid-murid lelaki yang kemudiannya ditempatkan bagi murid-murid Pra sekolah hingga ke darjah 4. Dengan bertambahnya murid pada 1972, bangunan baru dua tingkat telah didirikan di bahagian bawah pada tahun 1974. Bangunan ini dibina di atas tapak dua buah rumah guru dan dijadikan padang permainan seperti yang ada sekarang. 

            SENARAI NAMA GURU BESAR SK (P) BANDAR TINGGI

 Bil. Nama Tahun berkhidmat
 1. Pn.Hjh.Maimunah binti Hj A. Rahman 1941-1955
 2. Pn.Hjh.Khadijah binti Hj. Bakri 1955-1965
 3. Pn.Hjh.Habsah binti Hj. Ahmad 1966-1976
 4. YM.Tengku Esah binti Abu Bakar 1977-1981
 5. Pn.Kalsom binti Rouse 1982-1985
 6. Cik Zalaha binti Mahmud 1985-1986
 7. Pn.Hjh.Khadijah binti Mohd Noor 1987-1992
 8. Pn.Hjh.Zahrah binti Omar 1992-1993
 9. Pn.Hjh.Tashahbinti Ahmad 1994-1996
 10. Pn.Latifah binti Mohd Taib 1996-1998
 11. Pn.Hjh.Halimah binti Ismail 1.4.1998-9.10.2000
 12. Pn.Hjh.Azizah binti Ahamad Tan 10.10.2000-16.8.2001
 13. Pn.Yos Fatimah binti Selamat 17.8.2001-30.9.2003
 14. Pn.Hjh.Siti Latifah binti Hj.Adnan 1.10.2003-31.5.2004
 15. Pn.Hjh.Puziah binti Zakariah 1.6.2004-30.9.2005
 16. Pn.Ainon binti Abd. Ghani 1.10.2005-28.12.2007
 17. Pn.Hjh.Sanipah binti Ali 29.12.2007-sekarang

                                    BILANGAN PELAJAR SEKOLAH

 Bil. Tahun Bil.Murid Bil.Kelas
 1. 2009 27 3
 2. 2008 18 3
 3. 200717  3
 4. 2006 24 3
 5. 2005 31 4
 6. 2004 31 4
 7. 2003 28 3
 8. 2002 26 3
 9. 2001 23 3
 10. 2000 23 3
 11. 1999 16 3

         JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR PADA TAHUN 2010

KESELURUHAN  MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH BESAR

 84 6 15 78183

                                  BILANGAN PELAJAR TAHUN 2010


 TAHUN
 MELAYU
 CINA INDIA LAIN-LAIN  JUMLAH JUMLAH BESAR
 1Z 7 - - 6 13 13
 2Z 5 - 3 2 10 10
 3Z 5 - 1 4 10 10
 4Z 5 - 1 4 10 10
 5Z 8 1 5 3 16 17
 6Z 3 - 13 7 7
 JUMLAH 33 1 11 22 67 67


 BILANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS DAN PRASEKOLAH 2010


 KELAS P.KHAS MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN  JUMLAH BESAR
 PRA (KHAS) 2 - - - 2
 KHAS A 6 2 - 3 10
 KHAS B 9 - - - 9
 KHAS C 7 - - - 7
 KHAS D 5 - 1 - 6
 KHAS J 5 - 1 - 6
 JUMLAH 34 2 2 3 41
 PRA SEKOLAH 17 1 - 5 23
 JUM.PRA & KHAS 51 5 4 11 71



 SK (P) Bandar Tinggi ingin menjadi Sekolah Unggul 
Penjana Generasi Terbilang

 


Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan 
Berkualiti

                                       






Sek Bandar Tinggi nama diberi
Sekolah yang kami cintai
Dalam bandar megah berdiri 
Lambang Kemegahan Pertiwi

Pelajaran cahaya Kebahgiaan
Nama Sekolah Itulah Cogan
Amalkanlah Wahai  kawan-kawan
Ilmu Pengetahuan Punca Kebahgian

Jasa Bakti Sekolah Kami
Tak Dapat di nilai di beli
Ramai Menjadi Pemimpin Negeri
Tak Kurang Ibu Terpuji